Our Story

Siapa Kami?

Kuantan · Since 2025

THE LAST WALL GOALKEEPER TRAINING
Bukan Sekadar Melatih, Tapi Mencipta Legasi.

Mission

Misi - Membina asas teknik penjaga gol yang betul, kukuh dan konsisten. - Meningkatkan kecergasan fizikal, ketangkasan, koordinasi dan kepantasan reaksi. - Membentuk kekuatan mental, keyakinan diri, keberanian dan ketenangan ketika berdepan tekanan. - Meningkatkan pemahaman taktikal serta kebijaksanaan membuat keputusan dalam permainan moden.

Vision

Visi Menjadi platform pembangunan penjaga gol yang dipercayai dalam melahirkan penjaga gol berkualiti, bermentaliti juara dan mampu menyumbang kepada kemajuan bola sepak di peringkat akar umbi, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Philosophy

Falsafah Latihan TLW Di The Last Wall, kami percaya bahawa penjaga gol yang hebat tidak terbentuk melalui latihan fizikal semata-mata. Mereka dibentuk melalui gabungan teknik yang tepat, pemikiran yang tajam, mentaliti yang kuat dan pengalaman menghadapi pelbagai situasi permainan. Setiap kesilapan merupakan peluang untuk belajar. Setiap kegagalan ialah ruang untuk memperbaiki diri.